Lingua 2020 merupakan panduan menyeluruh untuk mempelajari bahasa Inggeris. Latihan yang mencukupi diberi dalam semua kemahiran termasuk mendengar, membaca, bertutur dan menulis. Sebagai tambahan, terdapat komponen tatabahasa bagi membaiki kemahiran tatabahasa anda. Terdapat juga set video yang memerlukan anda melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Semuanya ada,Lingua 2020 menggunakan segala kebolehan anda bagi membantu anda belajar.
• Teks yang mempunyai cerita yang lengkap
• 18 Kaset audio + 12 CD berdasarkan teks
• 3 VCD untuk mempertingkatkan perkembangan perbendaharaan kata
• Latihan latih tubi tambahan melalui teks dan pita perakam
• Nota tatabahasa dan latihan menyeluruh
• Beberapa siri ujian untuk mengukur kemajuan
Setiap teks disusun seperti berikut:
• Babak dalam sebuah cerita dibentuk seperti drama radio
• Perkara utama dalam babak bergambar
• Latihan perbualan dalam bahasa utama
• Latihan sebutan dan penyebutan perkataan, frasa dan ayat berdasarkan pada babak
• Latihan tatabahasa yang akan dinilai dengan teliti
• Latihan bantuan dalam bentuk dan fungsi utama terdapat di dalam babak
Jalan cerita di dalam Lingua 2020 adalah mudah dan menarik. Seorang pemuda Inggeris datang ke Malaysia untuk menghantar sebuah bungkusan kepada seorang lelaki yang dia belum pernah jumpa. Seterusnya, dia bertemu dengan seorang gadis menawan dan bagaimana persahabatan mereka berkembang. Terdapat sedikit tanda tanya di sini dan membuatkan kita terfikir apa yang akan berlaku kemudian serta bagaimana berakhirnya cerita ini.
Setiap halaman dibahagikan kepada dua bahagian. Di satu bahagian, ceritanya dalam bahasa Melayu dan yang satu lagi dalam bahasa Inggeris. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar itu amat lemah bahasa Inggerisnya, namun masih boleh memahami kandungan cerita di dalam bahasa Inggeris kerana terdapat versi bahasa Melayu dalam halaman yang sama. Ini juga bermakna adalah mudah untuk memahami perkataan dalam bahasa Inggeris kerana persamaan bahasa Melayu juga terdapat di halaman yang sama. Dengan penyusunan ini, pelajar dapat membina keyakinan diri dan motivasi tertentu untuk membaca cerita dan terus membacanya.
Selesai setiap babak, perkara utama akan dipaparkan dalam bentuk gambar. Ini dapat memperkukuhkan pembelajaran kerana kita telah membaca cerita dan kemudian melihatnya menerusi gambar (Peta Minda).
Kaedah yang revolusioner ini telah berkembang bertahun-tahun lamanya. Ia memberi pengguna cara baru untuk membantu daya ingatan, mempertingkatkan perbualan dan merangsang kreativiti. Teknik ini memberi kegunaan kepada dua kemahiran otak yang penting.
Kemahiran yang pertama dikaitkan dengan keupayaan otak untuk melihat dan mengingati warna, bentuk, garisan, perkataan dan ruang.
Kemahiran kedua pula memberi kegunaan kepada keupayaan otak untuk menyatukan idea dan menghubungkan kedua-duanya.
Untuk melukis sebuah Peta Minda yang berkesan, pengguna mestilah:
• Memahami topik untuk dijadikan Peta Minda.
• Boleh menggantikan kenyataan-kenyataan penting bagi setiap perkataan asas.
• Menyusun maklumat dengan teratur mengikut keutamaannya atau dalam bentuk kumpulan.
• Tambah warna, lukisan, garisan untuk membuatkan Peta Minda menarik.
Sebaik sahaja Peta Minda dilukis, penggunanya boleh:
• Mengingat semula lakaran dengan lebih berkesan.
• Memahami isi kandungan tajuk dan bagaimana setiap idea berkait antara satu sama lain.
• Menambahkan idea atau maklumat kepada Peta Fikiran, dengan itu akan mempertingkatkan kreativiti.
Seterusnya tiba pada bahagian perbualan penting di dalam babak. Pelajar membaca dan mengulangi ayat dalam konteks yang ditentukan. Dengan itu bahasa dipelajari mengikut konteks perbualan. Maka pelajar dapat melihat bagaimana perkataan, frasa dan ayat sesuai antara satu sama lain.
Bahagian yang seterusnya ialah sebutan dan penyebutan. Adalah penting bagi pelajar menyebut perkataan dengan betul untuk mendapatkan keyakinan diri dan belajar bertutur bahasa Inggeris dengan baik.
Diikuti pula dengan bahagian tatabahasa di mana pelajar mempelajari peraturan asas tatabahasa. Terdapat banyak penerangan dan latihan supaya pelajar membaca, faham dan berlatih komponen-komponen tatabahasa.
Bahagian terakhir merupakan latihan panduan berkenaan fungsi dan bentuk yang telah dipelajari di dalam babak. Pelajar cuma berlatih menggunakan bentuk ayat dan soalan.
Dengan cara ini, melalui latihan yang berterusan dan berulang untuk perkataan asas, frasa dan ayat, maka pembelajaran secara terpaksa diperkukuhkan sekali lagi.
Setiap teks, pelajar akan membaca cerita. Dalam setiap kaset audio, pelajar mendengarnya. Perbualan ditutur dengan lebih perlahan daripada perbualan biasa supaya pelajar dapat mengikutinya dan mendengar kelancaran perbualan. Dengan cara ini, bagaimana bahasa dituturkan, akan terpahat di dalam ingatan pelajar. Setiap bahagian daripada teks diulang di dalam kaset audio kecuali untuk bahagian tatabahasa.
Dengan sentiasa membaca dan mendengar, pelajar hampir-hampir separa sedar mengingati struktur dan format ayat di dalam fikiran mereka.
Semasa kanak-kanak, masihkah anda ingat bagaimana anda mempelajari bahasa anda? Keseluruhannya anda belajar dengan melihat dan meniru. Kemungkinan juga memerhati orang, meniru gerak laku mereka, mendengarnya, memahami maksud mereka dan mengulangi semua proses itu dengan sendirinya.
Ini dikenali sebagai pembelajaran melalui pengalaman. Bahasa itu secara fizikalnya tertanam di otak anda dan didorong oleh naluri. Anda lihat, ikut, faham dan bertutur.
Ini yang cuba dilakukan menerusi video. Badut menggunakan lakonan isyarat untuk menggalakkan anda melakukan perkara yang sama. Perkataan akan tertera di depan skrin di dalam bahasa Melayu dan Inggeris berulang kali. Sambil anda lakukan gerakan, anda turut membaca apa yang terdapat di depan skrin dan anda akan mula faham gerak laku itu di dalam perkataan.
Lakonan tersebut sengaja dilakukan dengan kelucuan dan seperti orang kurang siuman. Anda tidak perlu terlalu serius. Mempelajari bahasa Inggeris bermakna anda juga perlu menikmati keseronokan. Sambil anda ketawa, duduk, dan berdiri dengan badut itu, anda bukan sahaja melakukan gerakan secara fizikal dan mentertawakan diri sendiri, malah anda juga belajar maksud gerakan itu dalam perkataan bertulis.
Babak-babak tersebut diulang beberapa kali agar anda benar-benar faham lakonan dan perkataan yang hendak disampaikan.
Sebagai tambahan, video tersebut memperkukuhkan perbendaharaan kata di dalam teks. Mempelajari melalui gambar dan perkataan yang dipaparkan di depan skrin, pelajar dapat mengenali perkataan dengan cepat dan ini membantu merekodkan perbendaharaan kata di dalam fikirannya.
Mempelajari bahasa secara berkesan bermakna menggunakannya dengan sewajarnya di dalam pelbagai keadaan. Teks dan kaset latihan latih tubi akan membantu pelajar mengatasinya.
Ini merupakan bahan tambahan untuk mengajar pelajar bagaimana berkomunikasi dalam pelbagai situasi harian. Sebagai contoh, apa anda akan perkatakan apabila anda bertanya mengenai harga sesuatu benda? Apa pula yang anda harus katakan apabila anda menyapa seseorang? Bagaimana anda ingin mencari di mana seseorang itu bekerja? Ini adalah di antara situasi harian yang biasa kita lalui. Latih tubi memberikan banyak latihan di dalam perkara-perkara ini.
Kursus ini lengkap dengan 12 set ujian untuk mengukur keupayaan pelajar berkomunikasi dalam konteks tertentu. Ini merupakan ujian persendirian. Pelajar menamatkan setiap ujian pada bila-bila masa mereka fikirkan perlu dan memeriksa kemajuan berdasarkan jawapan yang telah disediakan. Setiap ujian boleh dilakukan seberapa banyak yang dikehendaki oleh pelajar.
Lingua 2020 cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan kebanyakan gaya belajar. Anda boleh belajar sendiri atau belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan anda. Anda boleh mula dengan mendengar kaset audio sebelum meneruskan dengan teks. Di bawah ini antara cadangan bagaimana anda boleh memperolehi sepenuhnya daripada kursus ini:
• Belajar dalam suasana yang tiada tekanan. Pastikan anda tenang dan bersedia untuk belajar apabila mengikuti program ini.
• Peruntukkan satu waktu dan tempat untuk belajar. Nasihat kami anda belajar dalam jangka waktu yang singkat. Sebagai contoh, tetapkan jadual 30 minit dua kali sehari pada tempat dan waktu yang sama, setiap hari untuk mengikuti kursus ini. Anda boleh rehat 5 minit selepas 15 minit berlalu dan sambung semula untuk 15 minit lagi. Sebaik sahaja anda tetapkan jadual dan kekal dengannya, belajar dan menyerapkan apa yang anda belajar anda menjadi satu perkara rutin.
• Baca bahagian untuk setiap teks. Baca dalam bahasa Melayu dahulu agar anda boleh faham cerita tersebut dan kemudian baca pula teks Inggeris. Baca bahasa Inggeris sebanyak mana yang anda mahu, untuk membiasakan diri anda dengan perkataan dan struktur.
• Sekarang, pasang kaset dan dengar bahagian padanan. Mainkan kaset sebanyak mana yang perlu dan ulangi lagi. Apa yang anda boleh belajar bukan sahaja perbendaharaan katanya, tetapi bunyi bahasa dan cara bagaimana perkataan disebut.
• Jangan tertumpu terlalu lama untuk satu bahagian teks dan kaset. Ini pentingkerana sebilangan pelajar merasakan mereka mesti menghabiskan keseluruhan teks atau kaset dalam satu masa. Anda tidak perlu lakukan begitu. Sebenarnya perkataan dan struktur diulang di sepanjang kursus bagi membantu anda membina kemahiran yang berterusan. Jadi, terdapat banyak peluang untuk anda mempelajari perkataan-perkataan yang sama berulang kali dan anda tidak perlu bimbang langsung.
• Jika anda tetap dengan pendirian anda untuk menumpukan pada satu bahagian dengan jangka masa yang lama, akan timbul kebosanan dan tanpa motivasi. Maka, amatlah mustahak anda teruskannya mengikut kepantasan yang berpatutan.
• Sambil anda membaca atau mendengar, cuba gambarkan adegan tersebut. Sebagai contoh, dalam adegan pertama, cuba bayangkan bagaimana rupa Alvin; bagaimana cara dia berpakaian, warna bajunya dan lain-lain lagi. Bayangkan juga bagaimana bentuk rumahnya; bagaimana perempuan tua itu berpakaian, dan lain-lain. Ini bermakna bahawa anda dapat gambaran itu di dalam fikiran sambil anda membaca atau mendengar dan ini dapat membantu anda mengingati perkataan dan strukturnya dengan mudah.
• Kaitkan apa yang anda baca dan dengar melalui kursus ini dengan peristiwa-peristiwa harian yang berlaku. Misalnya apabila anda melihat sebuah bungkusan, katakan perkataan itu dengan kuat didalam bahasa Inggeris:'package'bukannya'bungkusan' sebagaimana yang anda biasa tuturkan. Apabila anda membaca mengenai menyiapkan meja untuk makan tengah hari, latih perkataan yang anda belajar itu semasa anda sedang benar-benar melakukan kerja persiapan meja untuk makan tengah hari di rumah anda sendiri.
• Anda akan mengaitkan perkataan-perkataan benda di sekeliling yang telah anda pelajari dan ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
• Mainkan video sebanyak mana yang anda mahu dan ikut aksinya. Jika anda mempunyai kanak-kanak kecil di rumah, ajak mereka turut serta. Anda akan merasa gembira dengan apa yang anda lakukan dan lebih mudah untuk mengingatnya. Malah, anda juga boleh melakukan permainan daripadanya. Sebagai contoh, apabila anda hendak duduk, katakan kepada diri anda: 'Sit down' dan anda duduk. Kami jamin, anda akan selalu ingat perkataan-perkataan melalui cara pembelajaran begini!
• Kaset audio boleh digunakan secara berasingan daripada teks. Jadikannya sebahagian daripada kehidupan harian anda. Misalnya, anda boleh mainkannya di dalam kereta apabila anda sedang memandu. Mainkan juga di dalam 'walkman' ketika anda menunggu bas atau bersiar-siar dengan bas. Mainkan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja anda mahu agar perkataan-perkataan, ayat-ayat dan strukturnya yang anda dengar menjadi satu kebiasaan.
• Lingua 2020 menyediakan anda dengan dua buah buku latihan, yakni Ramuan untuk bahasa Inggeris yang sempurna Buku 1 dan Buku 2.Di akhir setiap pelajaran terdapat latihan-latihan dan ujian-ujian. Anda akan dapati buku latihan ini lengkap dengan latihan dan ujian.
• Jangan bimbang apabila anda membaca perkataan 'latihan dan ujian'. Buku-buku ini tidak berdasarkan daripada cerita tersebut. Buku-buku ini lebih tertumpu pada bahasa Inggeris sosial harian.
• Buku-buku ini direka bentuk untuk anda menikmati keseronokan sambil belajar bahasa Inggeris. Anda tidak perlu membuat jadual waktu untuk buku latihan anda. Anda boleh membawa buku latihan ke pejabat. Ketika waktu rehat di tengah hari, buat satu atau dua latihan. Berjumpa doktor,pendandan rambut, di dalam kapal terbang, bawalah buku latihan anda bersama. Apa sahaja yang anda lakukan dan ke mana sahaja anda pergi, jangan tinggalkan buku anda.
• Pelajaran tentang 'Ucapan selamat' sangat berguna. Anda perlu sentiasa merujuk pelajaran ini memandangkan 'Ucapan selamat umpama santapan kehidupan'.
• Pelajaran tentang 'Peribahasa dan Ungkapan' juga sangat penting. Perbualan anda akan menjadi menarik dengan menggunakan satu atau dua peribahasa. 'Peribahasa dan Ungkapan ibarat rempah kehidupan'.
• Anda akan dapati perbualan dan pertuturan yang menarik. Sekali lagi, pelajaran ini membuktikan kepentingannya dan kerap kali juga anda akan merujuk kepada buku latihan ini.
Ini cuma beberapa cadangan sahaja bagaimana anda boleh menggunakan Lingua 2020 untuk memperbaiki bahasa Inggeris anda. Perkara yang penting di sini ialah Lingua 2020 boleh membimbing anda daripada mendengar dan bertutur kepada respon dan berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. Ia sememangnya sesuai untuk kegunaan anda.
Selamat mengikuti Lingua 2020, alat pembelajaran lengkap bahasa Inggeris yang unggul dihasilkan di Malaysia, khas untuk rakyat Malaysia.
Memandangkan hari ini lebih berbilion bangsa di seluruh dunia bertutur dalam bahasa Inggeris di dunia persaingan yang begitu hebat, kefasihan dalam bahasa antarabangsa ini amatlah mustahak.
Sama ada seseorang itu pelajar, remaja atau golongan ibu bapa, semestinya sentiasa ada ruang untuk memperbaiki kefasihan dalam bahasa Inggerisnya.
Sebagai satu-satunya bahasa komunikasi sedunia, kemahiran dalam berbahasa Inggeris menghasilkan kehebatan dan akan memberikan satu kelebihan. Lingua 20 20 pasti akan menunaikan keinginan sebenar anda.
Kursus ini merangkumi 12 babak cerita. Keseluruhan cerita mengisahkan tentang seorang pemuda Inggeris, ALVIN EDWARD yang melawat Malaysia untuk menghantar satu bungkusan kepada seseorang yang sukar untuk ditemui.
Perkembangan cerita bermula dengan Alvin yang mula berkawan dan menikmati keseronokan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa adegan yang memeranjatkan dan mencemaskan dalam cerita ini. Lingua 2020 dibahagikan kepada.
Buku-buku dwibahasa ini terbahagi kepada dua bahagian utama; setiap satu dibahagikan kepada lima bahagian.
• Bahagian 1: Babak Cerita
Perkembangan cerita bermula di sini.
• Bahagian 2: Sebutan dan Intonasi
Memetik perkataan-perkataan dan frasa-frasa yang tertentu daripada cerita ini untuk latihan sebutan.
• Bahagian 3: Perbualan Berfungsi
Fungsi bahasa dan struktur ayat dipetik daripada cerita ini dipraktikkan dalam pelbagai konteks.
• Bahagian 4: Nota Tatabahasa
Pemahaman tatabahasa yang asas dititikberatkan dalam bahagian ini. Terdapat banyak latihan disediakan. Bahagian ini tidak termasuk dalam kaset dan CD.
• Bahagian 5 : Perbualan Peribadi
Membuat ayat daripada maklumat yang diberikan dalam bahasa Melayu. Satu bahagian perbendaharaan kata menurut susunan abjad selepas Bahagian 5 mengandungi terjemahan semua perbendaharaan kata.
Dua belas latihan dwibahasa yang terdiri daripada perbualan asas, perbendaharaan kata, penggantian dan perkembangan latihan berdasarkan topik seperti bertemu dengan seseorang, membeli-belah, perbualan telefon dan lain-lain lagi.
Berbanding dengan cerita utama, segmen program ini memperkenalkan perbendaharaan kata dwibahasa dan struktur ayat yang menggambarkan seorang badut mimos dalam keadaan yang berbeza-beza. Memandangkan tiada teks disertakan, bersantai sambil berhibur.
Direka untuk membantu anda memperbaiki bahasa Inggeris bagi perbualan harian. Mengandungi beberapa latihan dalam bentuk permainan perkataan, teka silang kata dan tugasan untuk topik-topik yang mengikut susunan bermula daripada pengenalan dan ucapan sehingga ke pekerjaan, peribahasa dan penulisan surat.
Ujian! Untuk menilai diri sendiri setelah tamat kursus ini. Jawapan anda akan digredkan oleh panel kami dan sijil akan diberi.
Lingua 2020 telah dihasilkan dengan begitu rapi untuk membantu anda mempelajari bahasa Inggeris secara berkesan mengikut kemahuan anda. Apa yang penting, bahan-bahan di dalamnya direka untuk membantu menghiburkan anda sambil mempelajari bahasanya.
Kini, terdapat banyak buku tentang mempelajari bahasa Inggeris. Tetapi yang mana satu dapat membantu anda? Untuk menjawabnya, mari kita tanya beberapa soalan penting.
© 2020 All Rights Reserved | Developed by Tamarix